Sunday, January 13, 2008

Akademi Binaan Malaysia Timur

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Jenagor 21700 Kuala Berang Terengganu

Tel : 09-6814327 Fax : 09-6814329
Email : abmtimur@yahoo.com

Mengenai ABM
Akademi Binaan Negara (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan CIDB yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan.

Matlamat ABM
Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir dan separuh mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga pekerja asing.
Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dan terlatih.
Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah.
Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa.
Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih.
Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara.
Menjalankan program akredasi kemahiran.

MISI ABM
“MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA”
“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”

Infrastruktur Latihan (Kampus Sediada)
1 Bangunan Pentadbiran
6 Bangunan Bengkel & Kuliah
6 Blok Asrama
1 Surau
1 Dewan Makan
2 Unit Kuarters Warden
Kapasiti latihan semasa 500 pelatih
Status Kampus Kekal Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT)
Keluasan : 118 ekar
Lokasi : Kws. sediada + kws. baru
Pembinaan : Februari 2004
J/masa : 18 bulan
Kapasiti : 1000 pelatih
Kursus : 52 tred
Ditubuhkan pada Mei 1997, Kerjasama CIDB
Malaysia dengan Kerajaan Negeri Terengganu
Lokasi: Jenagor, 12 km dari
Bandar Kuala Berang, Terengganu
Keluasan Kampus : 118 ekar

Program Latihan Yang Ditawarkan
Program Latihan Kemahiran Belia CIDB
Program Personel Binaan
Program Pembangunan & Pendaftaran Kontraktor Tred
Program Akreditasi Kemahiran CIDB
Program Customised
Program Kad Hijau CIDB

Apakah Program Latihan Kemahiran Belia & Personel Binaan?
Program latihan kemahiran bagi para belia dan personel binaan tempatan. Dua program telah dianjurkan iaitu program latihan kemahiran belia lepasan sekolah dan program latihan kemahiran personel binaan.

Mengapa program ini diadakan?
Program ini bertujuan melahirkan lebih ramai personel binaan khususnya di kalangan para belia dan meningkatkan kemahiran pekerja binaan sedia ada.

Siapa yang layak untuk Program Latihan Kemahiran Belia?
Program latihan kemahiran belia lepasan sekolah terbuka kepada golongan belia yang berusia 16 tahun keatas.

Bagaimana Program Latihan Kemahiran Belia berfungsi?
Peserta yang menyertai program latihan ini akan diberi latihan kemahiran bagi tred-tred binaan yang mereka minati dan dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

Siapa yang perlu menyertai Program Latihan Personel Binaan?
Semua pekerja binaan sediada yang tiada kemahiran personel binaan.

Bagaimana Program Latihan Personel Binaan berfungsi?
Latihan kemahiran dianjurkan oleh Akademi Binaan Malaysia, pusat-pusat latihan bertauliah dan juga di tapak binaan. Personel yang cemerlang dan menepati tahap kompetensi yang telah ditetapkan akan dianugerah Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB.

Program Latihan Kemahiran Belia


CONCRETING – LEVEL 1
BARBENDING – LEVEL 1
FORMWORKING – LEVEL 1
SCAFFOLDING ERECTOR – LEVEL 1
MOBILE CRANE OPERATION – LEVEL 2
WATER RETICULATION – LEVEL 1
PLUMBING BUILD. & SANITARY FITTING – LEVEL 1
CARPENTRY JOINERY – LEVEL 1
DRYWALL PARTITION INSTALLATION – LEVEL 1
BACKHOE LOADER OPERATION – LEVEL 2
HYDRAULIC EXCAVATOR OPERATION – LEVEL 2
BRICKLAYING – LEVEL 1
PLASTERING - LEVEL 1
TILING - LEVEL 1
TRACK DOZER OPERATION – LEVEL 2
6G WELDING – LEVEL 3
BUILDING ARCHITECTURAL COATING APPLICATION – LEVEL 1 & 2
BRAZING FOR COPPER GAS PIPING – LEVEL 1
GAS PIPE FITTING – LEVEL 1
GAS PIPE INSULATION – LEVEL 1
STEEL STRUCTURE FABRICATION – LEVEL 1
AIRCONDITIONING AND DUCTWORDS – LEVEL 1 & 2
ARCHITECTURAL DRAFTING - LEVEL 1 & 2
LANDSCAPING CONSTRUCTION ATTENDANT– LEVEL 1 & 2
FIXEDCEILING INSTALLATION – LEVEL 1 & 2
DEMOUNTABLE CEILING INSTALLATION - LEVEL 1 & 2
BUILDING OPERATION AND MAINTENANCE C&S – LEVEL 1
BUILDING WIRING INSTALLATION – LEVEL 1
WIREMAN (PW2)
WIREMAN NIL (PW4)

SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum
Warganegara Malaysia berumur dari 16 hingga 35 tahun.
Sihat tubuh badan.
Kelayakan akademik - SPM atau sekurang-kurangnya tamat pengajian peringkat menengah.
Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pembinaan
Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Bagi bidang kursus ‘Plant Operation& Crane Operation’ had umur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan di dalam bidang yang dipohon.
Pemilihan untuk menyertai latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia hanya akan ditentukan melalui kejayaan temuduga.
Calon temuduga perlulah membawa dokumen asal semasa temuduga.
Pembiayaan oleh CIDB hanya satu kali/kursus/Personal Binaan, bidang kursus Plumbing Water Reculation & Building Sanitary akan dibiayai untuk kedua-duanya. Jika masih berminat mengambil bidang kursus lain Personal tersebut mestilah membayar yuran latihan penuh kepada ABM. Sertakan salinan sijil / testimonial yang berkaitan, salinan kad pengenalan dan satu keping gambar berukuran pasport.

Borang Permohonan Kemasukan Belia
Borang Permohonan Kemasukan Personel Binaan


Apakah Kad Hijau CIDB?
Kad Hijau CIDB adalah program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pengiktirafan personal binaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan personel.

Mengapa anda patut mendaftar?
Memastikan personel binaan sedar betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
Memaklumkan kepada personel binaan mengenai keperluan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tapak binaan.

Siapa yang perlu mendaftar?
Semua personel binaan yang bekerja di tapak binaan.

Bila untuk berdaftar?
Sekarang juga! Jika anda bekerja di tapak pembinaan, anda mesti memperolehi Kad Hijau sebelum memasuki kawasan pembinaan.

Di mana untuk berdaftar?
Sila hadirkan diri ke pejabat ABMT atau hantarkan borang terus ke
Akademi Binaan Malaysia wilayah Timur

Bagaimana untuk berdaftar?
Caj minima adalah RM50.00.
Peserta juga mestilah menghadiri
Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan untuk Personal Binaan selama 1 hari.

Apakah Program Kemasukan Pekerja Asing Binaan?
Program ini menilai atas permohonan yang diterima dari pihak kontraktor binaan untuk membawa masuk pekerja binaan asing ke negara ini.Mengapa program ini diadakan?

Merekod kemasukan dan keluaran pekerja asing binaan di Malaysia.
Memastikan hanya pekerja asing binaan mahir dan bertauliah yang memasuki dan bekerja di negara.Menjejak pekerja asing binaan di negara dalam menjaga kedaulatan dan kemakmuran negara.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap program ini?

CIDB dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).
Siapa yang dibenarkan bekerja di sektor pembinaan Malaysia?
Pekerja asing dari Bangladesh, Cambodia, China, Indonesia, Kazakhastan, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan dan Vietnam dibenarkan memohon.

9 comments:

ombakpantai said...

Adakah pihak akademik malaysia wilayah timur turut menyediakan peluang pekerjaan setelah tamat menjalankan sesuatu kursus.
tq

T-REX said...

terima kasih kerana menubuhkan akedemik ini kerana negara tidak perlu lagi bergantung kepada buruh dari luar.menjimatkan wang negara dalam jangka masa yang panjang

Unknown said...

how can i apply for the architectural drafting course

saiful said...

Bagaimana hendak mengikuti kursus scaffolder? Berapakah bayaran yang dikenakan? Bilakah tarikah terdekat kursus itu diadakan?

amirul*nazir said...

saya tidak ada spm ataupun pmr, tetapi saya amat berminat dalam pembinaan ataupun construction. saya harap dapat masuk ke ABM wilayah tengah

Unknown said...

sya nak mengambil level scaffolding..berapakah bayaran yg saya kena bayar?

Unknown said...

ABM ni merupakan pusat bertauliah awam ataupun swasta?

Unknown said...

Bila ada kursus scaffolding level 1

Putri Adiratnaa said...

peluang pinjaman yang ditawarkan oleh mr, pedro yang menyelamatkan keluarga saya dari belenggu keuangan halo semuanya, saya putri adiratnaa single mom dari jakarta, saya ingin membagikan kesaksian hebat ini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari mr, pedro, ketika kami diusir dari rumah kami ketika saya tidak dapat membayar tagihan saya lagi, setelah ditipu oleh berbagai perusahaan online dan menolak pinjaman dari bank saya dan beberapa serikat kredit lain yang saya kunjungi. anak-anak saya diasuh oleh anak asuh, saya sendirian di jalan. hari aku dengan malu-malu bertemu dengan teman sekolah lama yang memperkenalkanku pada daisy maureen. pada awalnya saya mengatakan kepadanya bahwa saya tidak siap untuk mengambil risiko meminta pinjaman online lagi, tetapi dia meyakinkan saya bahwa saya akan menerima pinjaman saya dari mereka. setelah dipikir-pikir, karena tunawisma saya, saya harus mengambil percobaan dan mengajukan pinjaman, untungnya bagi saya, saya menerima pinjaman $80.000,00 dari mr, pedro. Saya senang saya mengambil risiko dan mengajukan pinjaman. anak-anak saya telah diberikan kembali kepada saya dan sekarang saya memiliki rumah dan bisnis saya sendiri. semua terima kasih dan rasa terima kasih pergi ke bantuan mr, pedro untuk memberi saya arti hidup ketika saya telah kehilangan semua harapan. jika Anda sedang mencari bantuan pinjaman, Anda dapat menghubungi mereka melalui: { pedroloanss@gmail.com whatsapp+1 863 231 0632 } telegram @ pedroloanss